fbpx

Suri rumah sebak terima sumbangan baju raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohana (kiri) sebak selepas menerima bantuan baju raya untuk anaknya daripada Mohd. Syahbuddin Hashim (dua dari kiri) di sebuah pasar raya di Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Seorang suri rumah yang tinggal di rumah kongsi Kawasan Perindustrian di sini tidak dapat menahan sebak apabila impiannya untuk membeli pakaian baharu kepada anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tercapai apabila menerima sumbangan pakaian raya hari ini.

Rohana Matli, 44, berkata, kekangan kewangan menyebabkan dia tidak dapat membeli pakaian raya baharu untuk anaknya yang berusia 11 tahun sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebelum ini, anaknya sering bertanya tentang baju raya, namun dia terpaksa berdiam diri kerana tidak mampu menyediakan keperluan untuk anaknya.

“Saya sangat bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim memilih saya sebagai salah seorang penerima bantuan baju raya,” katanya selepas menerima bantuan pakaian raya daripada Mohd. Syahbuddin di sebuah pasar raya di Bandar utama di sini hari ini.

Seorang lagi penerima yang merupakan ibu tunggal, Malina Mat Roni, 47, pula berkata, dia bersyukur seorang anaknya turut menerima bantuan baju raya.

Katanya, dia terharu apabila anaknya yang merupakan anak yatim telah menerima sumbangan baju raya percuma.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin berkata, program sumbangan baju raya diadakan setiap tahun bagi membantu golongan asnaf dan anak yatim.

“Lebih 100 penerima telah terpilih untuk menerima bantuan pakaian hari raya pada tahun ini. Selain memberi peluang kepada golongan asnaf untuk memilih baju raya di pasar raya, sumbangan duit raya turut diberikan kepada mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI