fbpx

Kontraktor tidak mengaku salah jadi punca kematian Marikh, Zuhal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua pelajar sekolah dalam kemalangan, Jumaat lalu.

SUNGAI SIPUT – Seorang kontraktor didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua pelajar sekolah dalam kemalangan, Jumaat lalu.

Tertuduh, Lee Kin Peng, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majsitret Nurul Asyifa Redzuan.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan Ahmad Marikh Norazlan, 13.

Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di dalam daerah Sungai Siput antara pukul 7 hingga 7.15 pagi, 5 April 2024 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam, S. Morgan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Selain itu, pasport tertuduh juga perlu diserahkan kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu saksi kejadian, manakala kes disebut semula pada 11 Jun depan.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.12 pagi pada Jumaat lalu, motosikal Honda EX5 ditunggang dua beradik itu dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memasuki simpang ke kanan secara tiba-tiba.

Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI