fbpx

Ada yang tawar hadiah teka warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai 'sibuk' meneka warna baju Melayu yang akan dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri malam ini.

PETALING JAYA – Kehadiran Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di televisyen malam ini sudah pasti ditunggu-tunggu umat Islam Malaysia bagi pengumuman tarikh Hari Raya Puasa.

Dalam menantikan kemunculan beliau, orang ramai turut berteka-teki warna sepersalinan baju Melayu yang akan dipakai oleh beliau malam ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, ramai yang tidak sabar serta meneka pakaian dipakai beliau, bahkan ada beberapa pihak yang turut menawarkan hadiah sekiranya tepat tekaan mereka.

“Hadiah teka baju, tambah nilai RM100. Tahun ni agak-agak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad warna apa baju dipakai. Jom teka, jawapan tepat terawal komen akan memenangi hadiah RM100,” kata pengguna Facebook Arked Print.

“Teka warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Seorang boleh teka sekali sahaja. Saya pilih tiga pemenang yang bagi jawapan terawal dan betul. Kalau ramai jawapan sama, kita ambil yang terpantas. Hadiah tambah nilai RM10 atau tunai untuk tiga pemenang,” kata pengguna Facebook Borong Halfmoon II.

“Siapa boleh teka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pakai baju warna apa masa umum tarikh raya nanti. Saya teka ‘baby blue’, korang?,” kata Hazwan Ibrahim. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI