fbpx

Bekalan ayam cukup menjelang 1 Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan bekalan ayam menjelang 1 Syawal mencukupi.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook memberitahu, malah terdapat peniaga yang menjual ayam pada harga cukup rendah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras bagi memastikan bekalan makanan tumpuan di musim perayaan sentiasa cukup dan mudah diperoleh,” katanya.

Semalam, Mohamad memberi jaminan bekalan makanan dan bahan mentah bagi keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Beliau dipetik berkata, orang ramai tidak perlu khuatir kerana perkara itu akan dipastikan kementeriannya (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI