fbpx

Anggota APMM ditembak stabil, seorang suspek dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu dilaporkan cedera dalam kejadian tembak- menembak di perairan Kunak. -Foto Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang anggota daripada kumpulan perompak laut yang menembak anggota Maritim Malaysia (APMM) di Kunak, Sabah semalam sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya yakin ia merupakan kes rompakan laut yang dilakukan oleh warga tempatan.

Menurut beliau, kumpulan perompak laut utu disyaki mengambil kesempatan merompak orang ramai yang pulang beraya dari Kunak ke Semporna menggunakan bot.

“Ia tiada kaitan dengan kumpulan militan dari negara jiran kerana mereka adalah perompak laut.

“Namun siasatan lanjut masih diteruskan terutama mengenal pasti senjata api digunakan oleh kumpulan penjenayah tersebut,” pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSPT di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin keadaan anggota yang ditembak pada bahagian mata kini stabil dan masih dalam rawatan pihak hospital.

Jelas beliau, anggota tersebut pada mulanya berkemungkinan perlu menjalani pembedahan dan memakai mata palsu.

Namun begitu kata beliau, mata asal anggota tersebut selamat dan tidak perlu digantikan dengan mata palsu.

“Anggota itu sudah menjalani pembedahan akibat kecederaan di bawah mata dan dia kini selamat serta berada dalam keadaan stabil.

“Pihak hospital telah berjaya mengeluarkan peluru daripada kecederaan dialami,” katanya.

Bagi memastikan keselamatan di perairan Sabah, beliau berkata, Polis Marin akan terus membuat rondaan bersama Maritim Malaysia.

Semalam, media melaporkan dua anggota penguatkuasa Maritim Malaysia cedera dalam kejadian tembak menembak di perairan Kunak kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts Dr Suzanna Razali Chan berkata, kejadian berlaku di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi, Kunak.

Mangsa terbabit ialah Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, yang juga ketua bot Banggi 48 cedera di mata kanan manakala seorang lagi kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin,35, cedera di kedua-dua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan pihak penjenayah.

Berdasarkan laporan awal, seramai tiga orang suspek bersenjatakan pistol melepaskan empat das tembakan ke arah Bot Banggi 48 sewaktu bot berkenaan cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang dinaiki suspek untuk tindakan pemeriksaan sempena Op Khas Pagar Laut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI