fbpx

Tiga beranak subahat curi wang dari kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan kanak lelaki mencuri wang di sebuah kedai. – TKPMEDAN

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kejadian sebuah keluarga mencuri wang dari sebuah kedai, lapor laman berita Tribun Medan semalam.

Kejadian berlaku di Medan, wilayah Sumatera Utara pada Jumaat lalu sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan). 

Detik keluarga itu mencuri dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum ia dimuat naik secara meluas di media sosial menerusi akaun Instagram @tkpmedan.

Kecurian bermula ketika seorang lelaki dan wanita datang ke kedai berkenaan bersama seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya.

Dalam video tersebut, pasangan itu berbual dengan pemilik kedai dan mengalihkan perhatiannya dengan pelbagai soalan serta permintaan.

Dalam masa sama, anak lelaki mereka bergegas mendekati meja kaunter lalu mengambil wang di dalam laci beserta satu dompet berisi wang sebanyak 8 juta rupiah (RM2,396).

“Setelah ibu bapa dikelirukan dengan pelbagai permintaan oleh pelaku, anak kecil itu masuk ke kawasan meja kaunter sebanyak dua kali.

“Kali pertama, dia sempat masuk, namun kelihatan ragu untuk mengambilnya.

“Kali kedua, kanak-kanak itu mengambil satu dompet yang berisi wang berjumlah 8 juta rupiah,” kata anak pemilik kedai.

Setelah wang diambil, ketiga-tiga beranak itu pergi meninggalkan kedai tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI