fbpx

Pemandu mengamuk selepas ditegur ‘parking’ tengah jalan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu memberhentikan kenderaanya di tengah jalan untuk membeli makanan. – INSTAGRAM @INDOCARSTUFF

JAKARTA – Seorang pemandu mengamuk selepas ditegur kerana meletakkan kenderaan di tengah jalan raya yang sedang sibuk, lapor akhbar Kompas semalam.

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila lelaki tersebut meludah ke arah perakam video dan enggan memohon maaf.

Rakaman video yang tular memaparkan pemandu kereta berkenaan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan sebelum keluar membeli makanan di tepi jalan. 

Tindakan tersebut membuatkan jalan raya itu menjadi sesak dan trafik tidak bergerak, menyebabkan pemandu lain di belakangnya marah. 

Berdasarkan rakaman itu, kejadian berlaku di Jalan Masjid Darul Falah, Pesanggrahan, Jakarta Selatan, kelmarin.

Pengasas Jakarta Defensive Driving Consulting (JDDC), Jusri Pulubuhu berkata, adalah penting bagi pemandu untuk meletakkan kenderaan di tempat yang betul dan tidak mengganggu pemandu lain.

“Apabila dalam keadaan darurat, pemandu harus menyalakan lampu kecemasan sebagai tanda berjaga-jaga. 

“Jika tidak, kenderaan mereka tidak dilihat seperti sedang berhenti, maka apabila pemandu di belakangnya tidak berhati-hati, ia akan menyebabkan kemalangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI