fbpx

Pekerja Sains maut selepas tiga hari dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal pekerja Sains yang maut selepas tiga hari bertarung nyawa dalam kemalangan langgar lari di Jalan Kampung Dioh, di sini. - Foto IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Seorang pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) disahkan meninggal dunia semalam selepas tiga hari bertarung nyawa dilanggar lari dalam kejadian di Jalan Kampung Dioh, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, keluarga mangsa membuat laporan berkenaan hari ini selepas mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.

Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki RG telah terbabit kemalangan langgar lari berhampiran masjid jamek dengan sebuah kenderaan tidak pasti kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 3 April lalu.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan, telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTAN. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 198,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-484 2999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI