fbpx

Ops HRA 2024: 16,142 kesalahan memandu melebihi had laju 130kmsj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman memeriksa motosikal ketika mengadakan tinjauan Operasi Bersepadu Motosikal bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2024 di hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, Ipoh petang tadi. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 16,142 kesalahan memandu melebihi had laju di antara 130 sehingga 170 kilometer per jam (kmsj) dalam tempoh enam hari Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula Isnin lalu.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan itu direkodkan melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dipasang di seluruh negara dan AWAS turut merekodkan kesalahan memandu melebihi 170kmsj membabitkan kira-kira 800 kenderaan.

“Hasil operasi bermula 1 April lalu sehingga semalam, didapati kebanyakan kes yang direkodkan membabitkan kes memandu laju di mana 95 peratus memandu pada kelajuan 130kmsj hingga 170kmsj , manakala lima peratus lagi memandu melebihi 170kmsj.

“Memandu dengan kelajuan sedemikian merupakan satu risiko yang sangat tinggi kerana bukan sahaja menyebabkan kemalangan malah kemalangan maut. Patuhilah had laju yang ditetapkan pada musim perayaan ini.

“Bagi jalan-jalan Persekutuan, had laju diturunkan daripada 90kmsj kepada 80kmsj manakala had laju di lebuh raya masih kekal 110kmsj,” katanya pada sidang akhbar sempena Operasi Bersepadu Motosikal Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 di Bandar Meru Raya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI