fbpx

Kapal persiaran Costa Deliziosa berlabuh di P. Pinang 12 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal persiaran Costa Deliziosa akan berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Swettenham, Jumaat ini.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan tiga kapal persiaran baharu yang akan berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Swettenham di sini, bulan ini.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, kapal persiaran pertama iaitu Costa Deliziosa yang berkapasiti 2,828 penumpang akan berlabuh pada 12 April ini, bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

”Selepas itu, pada 14 April pula kapal persiaran Resilient Lady, yang memuatkan 2,770 penumpang akan berlabuh dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

“Akhir sekali, kapal persiaran Serenade of the Seas, dengan kapasiti 2,500 penumpang, akan berlabuh pada 26 April 2024, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Ketibaan kapal persiaran baharu ini menandakan satu lagi babak dalam sejarah maritim Pulau Pinang dan memberikan peluang kepada pelancong untuk merasai pesona negeri ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hon Wai, peristiwa penting itu dapat meningkatkan status Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan popular dalam kalangan pengembara antarabangsa dan pengendali pelayaran.

”Pulau Pinang telah menjadi salah satu persinggahan kegemaran oleh kapal persiaran terkenal seperti Royal Caribbean International, Resort World Cruises, TUI Cruises, Costa Cruises, AIDA Cruises, Norwegian Cruise Line, Celebrity Cruises, Princess Cruises dan Cunard Line.

“Dari Januari hingga bulan ini, Pulau Pinang telah mengalu-alukan pelbagai kapal persiaran dan laluan pelayaran untuk berlabuh di negeri ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI