fbpx

JPJ kesan lima pemandu bas ekspres ambil syabu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman (depan) meninjau operasi bas ekspres sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar malam tadi. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan lima pemandu bas ekspres menggunakan dadah disyaki Methamphetamine dalam Ops Khas sempena Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara sejak 1 April lepas.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, ia melibatkan dua kes di Sarawak, satu (Kelantan) dan dua (Kedah).

“Bayangkan jika mereka ini dibenarkan untuk memandu kenderaan ia pasti memberi risiko yang amat tinggi kepada penumpang. Kita menggunakan khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mengesan mereka yang menggunakan bahan terlarang ini.

“Mereka yang terlibat juga ada daripada warga emas seperti di Terminal Bas Shahab Perdana ini suspek berusia 67 tahun. Jadi kita melakukan pemeriksaan menyeluruh tidak semesti dia warga emas tidak akan menggunakan bahan terlarang ini,” katanya.

Tambah beliau, bagi tindakan selanjutnya, JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715.

“JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperoleh daripada pihak AADK,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, JPJ memeriksa sebanyak 163,558 kenderaan sepanjang operasi tersebut dengan 21,742 daripada kenderaan diambil tindakan dan 39,066 kenderaan atau 24 peratus menerima notis pelbagai kesalahan.

“Kita melihat bahawa jumlah ini sangat mmbimbangkan kerana kegagalan mematuhi peraturan jalan raya tentu akan meningkatkan risiko kemalangan lebih-lebih lagi dengan pertambahan dua juta kenderaan di jalan raya menjelang hari raya.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak lesen iaitu sebanyak 26.6 peratus, lesen tamat tempoh 18.7 peratus dan kesalahan teknikal sebanyak 6,821 peratus,” katanya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI