fbpx

10,000 kakitagan TNB bertugas sepanjang sambutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 10,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pelbagai peringkat akan bertugas sepanjang tempoh kritikal 72 jam bermula hari pertama sambutan Aidilfitri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, langkah tersebut diambil bagi menjamin kestabilan elektrik di 11 negeri di seluruh Semenanjung.

“Pemantauan ditingkatkan menjelang Syawal dengan kebiasaannya tempoh 72 jam mulai sehari sebelum 1 Syawal adalah kritikal berikutan orang ramai rancak membuat persiapan terutama pada malam Aidilfitri.

“Walaupun tugasan ini adalah rutin harian warga kerja di bahagian perkhidmatan masing-masing, namun saya yakin setiap daripada warga kerja ini akan memberikan yang terbaik demi pengguna di seluruh negara,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Megat Jalaluddin mendoakan agar semua kakitangan bertugas sentiasa sihat dan mampu melaksanakan amanah.

“Mari kita doakan agar mereka sentiasa sihat dan selamat menyempurnakan amanah ini demi keselesaan semua yang menyambut lebaran,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi menghargai sumbangan warga kerja terlibat, TNB mengekalkan tradisi menitipkan bingkisan
kuih raya yang disediakan dengan kerjasama Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI