fbpx
Pengusaha lemang begitu mengharapkan sambutan daripada pelanggan yang akan suram kali ini di George Town.

‘Tahun ini jual 500 batang sahaja, takut lemang tak laku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengusaha lemang di negeri ini berdepan dilema untuk meneruskan tradisi penjualan juadah wajib pada Hari Raya Aidilfitri, tahun ini ke­rana bimbang perniagaan mereka kurang mendapat sambutan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa bekas tapak perniagaan lemang yang sebelum ini menjadi tumpuan pelanggan sejak pertengahan tahun lalu sehinggalah ke malam raya seperti di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Batu dan Teluk Kumbar mendapati masih tiada sebarang operasi jualan berlangsung.

Suasana hambar ini berlarutan sehinggalah pada malam Ramadan ke-27, berbaki tiga hari umat Islam meraikan 1 Syawal.

Peniaga Lemang Warisan di Balik Pulau, Roslan Hashim, 48, berkata, dia akan memulakan perniagaan menu wajib Aidilfitri itu pada Isnin ini, sebelum beberapa Ramadan melabuhkan tirainya.

Akuinya, dia bimbang sekiranya jualan lemang yang diusahakannya itu kurang mendapat sambutan daripada pelanggan ekoran kos sara hidup harian yang tinggi, ketika ini.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya sudah mulakan perniagaan lemang sejak awal Ramadan sehinggalah pada malam raya. Memang tak menang tangan menerima tempahan termasuk yang datang terus ke kedai.

“Kali ini, gerai lemang dibuka pada Isnin, baki tiga hari lagi umat Islam sambut Hari Raya Aidilfitri. Memang banyak benda yang bermain fikiran ketika ini, takut tak dapat sambutan pun ada,” katanya di sini, semalam.

Roslan memberitahu, tahun ini dia hanya menyediakan 500 batang lemang sahaja berban­ding 1,500 batang pada tahun lalu.

“Apa yang dibimbangkan, pulut lemang hanya bertahan dua hingga tiga hari sahaja, jika tak dapat sambutan, kami akan rugi. Sudahlah modal yang dikeluarkan agak besar termasuk berdepan kenaikan harga beras pulut dan santan.

“Jual lemang di saat akhir mungkin ada rezeki buat kami. Orang sudah mula pulang ke kampung dan ramai mencari juadah wajib ini untuk dimakan pada pagi Syawal,” ujarnya.

Sementara itu, pengusaha Lemang Pokok Buluh di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Mohd. Kamal Abdullah pula berkata, dia kebiasaannya akan membuka perniagaan makanan tradisi itu dua hari sebelum raya.

Bagaimanapun, katanya, dia juga berdepan kebimbangkan sekiranya kuasa membeli pada tahun ini berkurangan susulan kenaikan kos sara hidup sehingga ramai berjimat sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN