fbpx

Dua suspek curi barang penjagaan badan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan dua suspek mencuri di sebuah premis penjagaan kesihatan dan kecantikan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Selasa lalu.

HULU TERENGGANU – Dua lelaki disyaki mencuri barangan penjagaan badan di dua premis penjagaan kesihatan dan kecantikan di Kuala Berang, dekat sini pada Selasa lalu berjaya diberkas polis, semalam.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditangkap di lokasi berasingan masing-masing pada pukul 6 petang dan 9 malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek pertama berusia 20-an yang merupakan pengganggur ditangkap di sekitar Ajil di sini pada pukul 6 petang semalam.

“Seorang lagi suspek berumur 30-an yang merupakan buruh pula dicekup di sekitar Marang, dekat sini pada pukul 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, pemeriksaan berjaya menemui barangan penjagaan badan yang disyaki dicuri selain merampas pakaian yang dipakai dua suspek itu sewaktu kejadian.

Tambah beliau, kedua-dua suspek berkenaan ditahan reman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online semalam melaporkan dua lelaki diburu polis setelah disyaki mencuri pelbagai barangan penjagaan badan di dua premis penjagaan kesihatan dan kecantikan terbabit melibatkan kerugian hampir RM250.

Perbuatan dua suspek berkenaan berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) dua premis perniagaan terbabit pada pukul 10.55 pagi dan 4 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI