fbpx

Budak 3 tahun mangsa strok haba di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat strok haba telah berlaku minggu ini.

Nadma dalam satu kenyataan berkata, kematian tersebut berlaku pada 1 April lalu melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.

Susulan itu, jumlah kes kematian akibat daripada strok haba kini ialah dua orang.

“Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan kes mengikut diagnosis adalah 10 kes strok haba, 26 kes kelesuan haba dan satu kes kejang haba.

“Terdapat dua kes yang masih mendapat rawatan di hospital, iaitu satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes kelesuan haba dirawat di wad biasa. Kes-kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” katanya.

Selain itu, bagi bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah lapan kes di Perak, lapan kes di Kedah, lima kes di Johor, empat kes di Negeri Sembilan, empat kes di Sabah, tiga kes di Selangor, dua kes di Perlis, satu kes di Pahang, satu kes di Pulau Pinang dan satu kes di Kelantan.

Sementara itu, memetik laporan Jabatan Meteorologi Malaysia katanya, fasa peralihan monsun telah bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024.

“Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

“Rantau negara secara amnya dijangka menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sepanjang tempoh ramalan,” katanya.

Katanya, keadaan cuaca panas dan kering dijangka kembali berlaku di kebanyakan tempat di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia bermula pertengahan tempoh ramalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI