fbpx

214 rumah rosak di badai ribut di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah sekolah yang terkesan akibat ribut yang melanda di sekitar Felda Palong, Segamat.

SEGAMAT – Sebanyak 214 rumah rosak dalam kejadian ribut pada petang Rabu lalu di Felda Palong 1, Felda Palong Timur 2, Felda Palong Timur 3 dan Kampung Bakar Batu, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, kejadian ribut yang berlaku pada pukul 4.45 petang itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Pemeriksaan mendapati 101 buah rumah di Felda Palong Timur 3, 68 rumah di perumahan kilang sawit, 29 rumah di Felda Palong 1, 13 rumah di Felda Palong 2 dan tiga rumah di Kampung Bakar Batu mengalami kerosakan.

“Sehingga pukul 11 pagi semalam anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat hanya menerima enam laporan polis daripada mangsa berkaitan kejadian ribut yang melanda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan keadaan cuaca semasa yang tidak menentu.

Orang ramai perlu segera memaklumkan kepada pihak polis berkaitan kejadian bencana untuk tindakan dan bantuan dapat segera diaturkan.

Sebarang maklumat boleh menghubungi pusat kawalan daerah Segamat menerusi talian 07-9324222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI