fbpx

2 lelaki diburu disyaki curi barangan penjagaan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memamparkan imej dua suspek disyaki mencuri di premis penjagaan kesihatan dan kecantikan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Selasa lalu.

HULU TERENGGANU – Dua lelaki diburu polis setelah disyaki mencuri pelbagai barangan penjagaan badan di dua premis penjagaan kesihatan dan kecantikan di Kuala Berang di sini melibatkan kerugian hampir RM250 pada Selasa lalu.

Perbuatan dua suspek berkenaan berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) dua premis perniagaan terbabit pada pukul 10.55 pagi dan 4 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki tersebut memasuki premis terbabit dengan berpura-pura menjadi pelanggan.

“Pada mulanya mereka membeli losyen untuk mengaburi mata juruwang sebelum kembali ke rak barangan untuk mencuri.

“Pelbagai barangan penjagaan badan bernilai keseluruhan RM129.79 telah diambil sebelum mereka keluar premis terbabit tanpa membayarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, kedua-dua suspek kemudiannya menggunakan modus operandi sama di sebuah cawangan lain premis penjagaan kesihatan dan kecantikan di daerah ini tidak lama kemudian.

Beliau berkata, kerugian dialami di premis kedua pula dianggarkan sebanyak RM115.

“Kecurian didalangi kedua-dua suspek hanya disedari pekerja dua premis perniagaan terbabit menerusi semakan CCTV,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI