fbpx

[VIDEO] Datang nak baiki lif, rupanya ada yang terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba membuka pintu lif yang tersekat akibat panahan petir.

PETALING JAYA – Tiga wanita warga emas selamat selepas sejam terperangkap di dalam lif di sebuah masjid dekat Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur kelmarin.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @walyhashim93, pasukan bomba tiba di Masjid Al-Ghufran itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang mengatakan lif tersebut tidak berfungsi selepas kejadian panahan petir di kawasan tersebut.

Menurutnya, dia yang datang untuk melihat keadaan lif yang tidak berfungsi itu bagaimanapun terkejut apabila menemui tiga orang warga emas di dalamnya.

“ Alhamdulillah, tiga orang nenek berjaya dikeluarkan. Itupun ada orang perasan lif tak gerak, rupanya dekat sejam dah lepas ada panahan petir. Lif terus stuck (tersekat).

“ Bila kami datang check (periksa), rupanya ada orang. Mujur nenek-nenek tu kuat,” ujar pegawai bomba itu.

Dalam pada itu, dikongsikan juga dalam video, kelihatan raut wajah tenang di wajah warga emas tersebut, namun keadaan fizikalnya agak lemah dan mungkin mengalami masalah kekurangan oksigen selepas sejam terperangkap.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan kejadian tersebut dan berharap supaya ianya tidak berulang lagi.

“ Mesti nenek tu dah rasa dah pengalaman lama yang lebih pahit dan menakutkan. Tu tetap tenang,” komen Iqbal.

“Kesiannya nenek-nenek tu. Nasib baik ada orang perasan. Buatnya orang di sana fikir lif tu tiada orang, kesian pada mereka,” kata Najiah

“ Alhamdulillah tenangnya nenek. Saya stuck (terperangkap) dalam lif lima minit pun dah panik. Sakit dada nak nafas. Line takde terus. Tekan loceng takde respon. Lif kedap udara. Panas,” ujar Farah. – KOSMO! ONLINE

@walyhashim93Alhamdulillah, 3orang nenek berjaya dikeluarkan. 😌 Itupun ada orang perasan lif tak gerak, rupanya dekat sejam dah lepas ada panahan petir. Lif terus stuck 🥲 Bila kami datang check, rupanya ada orang. Mujur nenek2 tu kuat 💪🏻♬ suara asli – DENII

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI