fbpx

Suami isteri didakwa aniaya anak lelaki usia 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kandung si isteri dalam kejadian di Mantin, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29, dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan bersama dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya secara bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah menganiayai atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dengan cara telah memukul menggunakan rotan dan hanger di tubuh badan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan antara bulan April tahun lalu sehingga 23 Mac lalu bertempat di sebuah kediaman di Mantin.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Binti Muhammad A.Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya kemudiannya memohon tarikh sebutan semula kes dan menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 17 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI