fbpx

‘Terkahwin’ abang sendiri, angkara bapa nikah sembunyi di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berumah tangga bersuamikan abangnya sendiri angkara bapa mereka pernah bernikah secara sembunyi di Thailand.

Perkara itu terbongkar selepas ibu mentuanya menceritakan pengalaman lama iaitu selepas wanita tersebut berumah tangga bersama abangnya kira-kira dua tahun dengan dikurniakan seorang anak.

Kisah itu diceritakan seorang peguam syarie, Fahmi Ramli menerusi hantaran pada Facebook hari ini berhubung wanita tersebut yang ditemuinya di Pulau Pinang.

“Wanita ini menceritakan dahulu dia bercinta dengan lelaki dikenali di universiti. Tiga tahun bercinta, rancang berkahwin selepas tamat pengajian.

“Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal dunia dan wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun.

“Selepas habis belajar, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya. Pernikahan berjalan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang anak,” katanya.

Fahmi berkata, kisah pasangan suami isteri itu terbongkar selepas wanita itu ‘bersembang kosong’ dengan ibu mentuanya.

“Terungkitlah kisah ibu mentuanya berkahwin dengan ayah kepada suaminya di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa. Hinggalah selepas anak mereka dilahirkan iaitu suami wanita ini sekarang, lelaki itu menceraikannya.

“Kemudian, tidak pernah ambil peduli tentang mereka berdua dan ibu mentuanya ini pun tak pernah terfikir untuk membuat pengesahan nikah. Keinginan wanita ini untuk melihat sijil pernikahan ibu mentuanya membuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mentuanya bernikah di sana,” katanya.

Fahmi berkata, alangkah terkejut apabila ibu mentuanya menunjukkan nama bapa mentuanya yang telah meninggal dunia itu sama seperti nama bapa wanita itu.

“Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan, pasport sama. Dia tekad untuk soal, bagaimana ciri-ciri bapa mentuanya itu? Orangnya tinggi, kulit hitam manis, rambutnya lurus. Dulu, dia ajak ibu mentua nikah di Siam kerana tidak dapat restu.

“Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda katanya. Apabila ditunjukkan gambar almarhum bapa mentua yang terselit dicelah fail sijil nikah tersebut, terkejut beruk wanita itu. Ya Allah, menjerit dia dan berlari keluar rumah terus pandu kereta pulang ke rumah keluarganya. Menangis sepanjang perjalanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI