fbpx

Rakyat Selangor boleh daftar Padu melalui aplikasi Selangkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi Selangkah

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membantu rakyat negeri ini yang belum mendaftar maklumat diri dalam Pangkalan Data Utama (Padu) melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (Selangkah).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini hanya melibatkan rakyat negeri ni yang mempunyai aplikasi tersebut sahaja sertamendapat persetujuan daripada mereka.

“Data (dalam Selangkah) merangkumi maklumat penerima skim bantuan daripada kerajaan negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Selangor Mental Sihat (SEHAT), Program Saringan Kesihatan Percuma (Selangor Saring) dan Insentif MamaKerja (MamaKerja) yang merangkumi 66,216 penerima bantuan.

“Secara keseluruhan, sehingga 3,712, 616 data maklumat (individu yang masih aktif menggunakan aplikasi Selangkah) yang boleh dikongsikan dengan Padu tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Informasi Selangor Ventures, Dr. Helmi Zakariah Selangkah Ventures Sdn. Bhd. (Selangkah Ventures) dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Amirudin turut menjelaskan, kerajaan negeri turut bersedia berkongsi data maklumat dengan Padu melalui Selangor Government Data Exchange (SelGDX), iaitu platform perkongsian data di antara agensi di bawah kerajaan Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI