fbpx

PRN: PN tidak layak main isu kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima kanan) menyerahkan balang berisi kunci kenderaan rasmi kepada Haris (enam), hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya memainkan isu kos sara hidup sebagai tawaran kepada rakyat Selangor susulan tidak mampu menanganinya semasa menerajui kerajaan pusat sebelum ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor sendiri contohnya berjaya dalam membantu impak kos sara hidup rakyat menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dalam

“Sekarang ni bekalan dan harga ayam kembali stabil termasuk usaha keras Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dalam tempoh tujuh bulan.

“Jadi, saya percaya mereka tidak ada moral bercakap tentang isu harga barang kerana ketika mereka (semasa menjadi kerajaan) harga barang sangat mencengkam dan tidak mampu menangani berbanding sekarang walaupun mempunyai kebolehan dari segi peruntukkan (ketika itu),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau bersama barisan exco menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim.

Amirudin turut memaklumkan manifesto gabungan kerajaan perpaduan Selangor akan dikeluarkan selepas penamaan calon.

Ujarnya, pihaknya masih meneliti rangka manifesto bagi memastikan segala projek dan rancangan telah dilaksanakan sebelum ini, mempunyai kesinambungan.

“Sudah pasti, kita ingin menawarkan perkara yang realistik berdasarkan data dan angka di tangan kita.

“Ini termasuk pencapaian Rancangan Selangor Pertama (RS1), pengangkutan awam dan inisiatif baharu kepada rakyat bergantung kepada maklum balas sepanjang Jelajah Selangor Penyayang dan program-program yang telah kita laksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin yakin gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH) akan memperolehi kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Kita memantau persediaan PRN setiap tiga bulan dan sebelum hari penamaan calon, saya pantau setiap minggu.

“Kita menyedari ada beberapa serangan dibuat dan kita mempergiatkan penerangan. Saya sudah mengingatkan kepada petugas dan calon untuk bekerja keras untuk capai kemenangan besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI