fbpx

Bertugas berbumbungkan langit, suhu 52 darjah Celcius jadi cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNIT peronda Tabung Haji berkumpul untuk pemeriksaan sebelum memulakan tugas.

MEKAH – Mereka anggota barisan hadapan yang perlu bertugas dibawah cahaya terik matahari dengan suhu mencecah 52 darjah Celcius, demi memastikan keselamatan 31,600 jemaah haji Malaysia.

Bilangan mereka tidak ramai iaitu hanya 18 orang sahaja untuk menjaga keseluruhan jemaah haji Malaysia dengan berperanan memantau perjalanan pergi balik di sekitar Masjidil Haram.

Namun kumpulan kecil yang membentuk Unit Peronda Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji ) menggunakan pengalaman dan kekuatan mental fizikal masing-masing dalam membantu jemaah lain beribadat dengan tenang dan selesa.

Menurut Ketua Unit Peronda Inspektor Mohamad Amer Jawahil, tugas unit peronda 24 jam dengan mempunyai tiga shif iaitu bermula waktu pukul 7 pagi, 2 petang dan 10 malam.

“Terdapat lapan lokasi di sekitar Masjidil Haram yang ditempatkan unit peronda antaranya di pintu Marwah, pintu Babussalam dan King Fahd serta lima lokasi lain.

“Justeru banyak cabarannya. Malah, anggota perlu berjalan kaki setiap kali bertugas dengan tiada kenderaan disediakan.Anggaran kasar bagi setiap anggota kita berjalan ialan lapan kilometer (km) setiap hari. Di samping itu, anggota juga perlu berdiri dalam tempoh yang lama,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu Mohamad Amer berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan untuk musim haji 1445H/2024M terus diperkemaskan dari semasa ke semasa untuk berdepan

sebarang kemungkinan termasuk musibah sebagaimana kejadian kren tumbang serta rempuhan Mina.

Dia yang pernah berdepan detik mencemaskan pada ketika berkata, banyak perkara penting dipelajari pada masa itu yang boleh digunakan demi kepentingan jemaah haji pada musim ini serta masa akan datang.

“Sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku, kita akan mengadakan rawatan awal dan kemudian akan hubungi unit perubatan untuk membantu,” ujarnya.

Sementara itu katanya, sepanjang tempoh seminggu ini tiada jemaah haji dilaporkan hilang.

Menurutnya cuma hanya lapan kes jemaah haji tersasar ke bangunan penginapan lain berdasarkan rekod pusat khidmat pelanggan

“Namun kes ini telah selesai, kita sudah membawa semula jemaah ke penginapan yang asal,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI