fbpx

39,269 pemilih berdaftar keluar mengundi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok bagi memilih wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Kesemua 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dijadual dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.

Bagaimanapun, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pukul 2 petang.

Proses pengiraan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dekat Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini.

Terdahulu, pengundian awal PRK Kuala Kubu Baharu Selasa lalu melibatkan 625 anggota polis dan 238 anggota tentera termasuk pasangan dengan jumlah peratusan keluar mengundi mencecah 97 peratus bersamaan 769 pengundi.

Dalam pada itu, proses pengundia awal turut melibatkan 83 undi pos anggota polis manakala 11 anggota tentera.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon pada 27 April lalu sehingga pukul 11.59 malam ini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Pakatan Harapan (PN), calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Difahamkan, kesemua calon tidak akan turun mengundi esok kerana merupakan pengundi luar.

PRK Kuala Kubu Kubu Baharu diadakan susulan kemantian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri enam negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Muda dengan meraih majoriti undi 4,119.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, cuaca cerah dan baik di Kuala Kubu Baharu pagi esok, namun hujan lebat dan ribut petir dijanglan malanda pada petang sehingga malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI