fbpx
PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Pengundi muak politik bermuka-muka – Pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERAMAI 39,362 pengundi Kuala Kubu Baharu akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini bagi memilih pemimin yang mampu membawa perubahan kepada ekonomi kawasan berkenaan sekali gus mengambil peduli hal masyarakat serta isu tempatan.

Hari ini secara nyatanya akan membuktikan siapa pilihan pengundi yang tentunya berdasarkan kemampuan, sikap dan keperibadian mereka.

Seharusnya amanah yang diberikan pengundi Dewan Undangan Negeri berkenaan dipikul dan dilunaskan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Penganalisis politik, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, rakyat ketika ini mahukan seorang pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik terutama dalam merungkai sebarang permasalahan yang dihadapi mereka.

“Sudah tentu pengundi mahu wakil rakyat yang mampu menterjemahkan apa kemahuan penduduk setempat selain mampu mewakili kumpulan majoriti dalam kawasan terbabit,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, calon yang menang juga perlu menunaikan tanggungjawab mereka dan memenuhi keperluan rakyat seperti mana yang dijanjikan ketika berkempen.

“Masyarakat tidak mahu manifesto bersifat makro atau besar tetapi mereka ini mahu melihat perkara yang bersifat setempat terus kepada sasaran.

“Pada pilihan raya ini sudah tentu masyarakat mahukan wakil rakyat yang mampu memberi kesan terhadap mereka terutama menjaga kebajikan mereka,” ujarnya.

Noor Nirwandy dalam pada itu menyarankan agar ADUN baharu DUN Kuala Kubu Baharu untuk terus membuktikan ketulusan mereka dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin setempat.

“Masyarakat sudah muak dengan politik bermuka-muka, mereka mahu apa yang ahli politik janjikan itu ditunaikan, perubahan ini yang sangat dimahukan oleh pengundi,” jelasnya.

Dalam isu ini, biarpun ia adalah pilihan raya kecil, namun pengundi perlu bijak menilai antara kaca dan permata selain tidak terpengaruh dengan kempen semata-mata mahupun di media sosial dalam memilih ADUN mereka.

Jelasnya, pengundi juga perlu melakukan penyelidikan secara menyeluruh mengenai calon terlebih dahulu dan tidak melihat kepada siapa yang lebih ‘terkenal’ sebaliknya mencari mereka yang mempunyai jiwa rakyat.

Keupayaan peribadi juga penting. Pengundi perlu fokus memilih calon untuk memimpin di kawasan berkenaan. Justeru itu, penulis berharap pengundi tidak ‘membuta tuli’ dan memilih dengan bijak calon yang bakal mengemudi dan memberi manfaat kepada mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN