fbpx

Perantau dari ibu negara disaran guna laluan Gua Musang-Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suhaili (kanan) meninjau laluan Gua Musang-Kuala Lipis yang terlibat dengan Projek LTU di Gua Musang, hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyarankan perantau yang pulang ke Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri agar menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli sebagai langkah penyuraian trafik.

Pengarah JKR Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail berkata, para perantau yang ingin menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat dinasihatkan agar menggunakan laluan terbabit bagi mengurangkan kesesakan di laluan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).

Katanya, pihaknya menjangkakan pertambahan kenderaan secara mendadak memasuki negeri ini menggunakan jalan Gua Musang-Kuala Lipis bermula Jumaat ini.

“Kebiasaannya pengguna jalan raya akan tertumpu kepada laluan Gua Musang-Kuala Krai, jadi kita minta kerjasama perantau untuk menukar laluan menggunakan jalan Gua Musang-Jeli (FT04).

“Kita akan meletakkan beberapa papan tanda untuk memaklumkan perantau yang terlibat supaya menggunakan laluan terbabit. Kita harap dapat mengurangkan jarak kesesakan jalan Gua Musang-Kuala Krai yang turut terlibat dengan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU),” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Penyelarasan Trafik di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI