fbpx

Kakitangan awam Perlis terima bonus raya RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Kakitangan awam negeri ini bakal menerima bonus raya daripada kerajaan negeri sebanyak RM500 menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, ia turut meliputi pemberian bonus kepada pesara penjawat awam negeri sebanyak RM250.

“Bonus ini adalah penghargaan kepada kakitangan dan pesara atas pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas melayani rakyat Perlis.

“Pemberian bonus ini juga sebagai dorongan kepada ekonomi tempatan terutama kepada peniaga bazar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurut Mohd Shukri, pemberian bonus itu dijangka diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini melibatkan pekerja kontrak dari gred 56 ke bawah.

Dianggarkan lebih 1,000 kakitangan awam negeri bakal menerima faedah dengan nilai keseluruhan pemberian bonus kira-kira RM650,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI