fbpx

Sudah banyak kali buat klip video ‘tiada otak’ – Dr Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL SALEH. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru umat Islam di negara ini untuk memboikot produk yang dikeluarkan oleh usahawan sensasi yang mengeluarkan konten video tidak bermoral.

Beliau berkata, ini kerana video yang dikeluarkan tersebut acap kali dikeluarkan ketika bulan Ramadan dengan memaparkan beberapa penari mengenakan kostum aneh dalam sedutan video lagu raya.

“Kalau KK Mart kita boleh boikot, apa lagi produk dia ni. Ini bukan kali pertama malahan sudah banyak kali pada tahun lepas telah didakwa di mahkamah dan kes itu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini atas kesalahan yang sama, tak kan la setiap tahun hendak buat lepas itu minta maaf.

“Tidak boleh jaga ke sensitiviti umat Islam di kala bulan Ramadan ni? Nak keluar lagi keluarkan tetapi jangan keluarkan lagu dan video yang sakit hati dan mata orang tengok. Saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengajar erti sebuah penyesalan pada dia dengan kita boikot semua produk yang dijual oleh beliau. Cukup cukuplah dengan drama minta maaf dan air mata yang diulang setiap tahun.

“Kamu nak lihat kemarahan rakyat Malaysia kan? Sila tunggu produk kamu akan diboikot. Ini bukan content luar kotak,ini adalah konten tiada otak!” tegas beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam pada itu turut sama berharap agar tindakan undang-undang diambil pihak berkuasa bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kembali.

“Saya mohon pihak kerajaan untuk menyekat video ini dan tindakan undang-undang perlu diambil yang mana kes pada tahun 2022 pon masih lagi berjalan untuk mamat ni mengenai isu yang sama.

“Kita mohon pihak kementerian tarik balik semua video-video yang telah dikeluarkan. Tindakan keras melalui undang-undang perlu diambil.

“Bagaimana kita minta untuk rakyat Malaysia boikot KK Mart kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini, sama juga kita minta seluruh umat Islam untuk bagi pengajaran kita boikot segala produk yang dikeluarkan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI