fbpx

Suami tak reda isteri tunai umrah tanpa izin, hukumnya berdosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang suami meluahkan rasa kecewa dengan tindakan isterinya apabila pergi menunaikan ibadah umrah tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.

Kata lelaki tersebut, dia juga tidak mahu memaafkan isterinya kerana meninggalkan rumah tanpa pengetahuaannya selain telah bertindak biadap ke atas keluarga mentua.

“Doa saya pada isteri saya dia tidak selamat pergi umrah pagi esok (hari ini) kerana tiada perbincangan dan tiada minta izin saya sebagai suami untuk ke sana buat umrah.

“Sungguh sakit hati bila bila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir ini saya pulun doa yang dia tidak selamat dunia dan akhirat. Saya tidak maafkan dia dan saya tidak reda dia dunia dan akhirat.

“Sahabat semua doakan saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini,” katanya dalam satu luahan yang tular di media sosial selepas ia dikongsikan pengguna Facebook, Fatin Pauzi semalam.

Luahan seorang suami yang kecewa dengan isterinya apabila menunaikan umrah tanpa meminta izin daripadanya.

Dalam paca itu, penceramah bebas, Ustaz Fauzi Mustaffa dalam perkongsiannya di TikTok memaklumkan, ibadah unrah yang dilakukan seorang isteri tanpa keizinan suaminya adalah sah, namun wanita itu berada dalam kalangan orang berdosa.

“Memang wajib seorang isteri untuk mendapat izin suaminya terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan ibadan haji dan juga umrah.

“Jika isteri pergi juga tunai haji atau umarah tanpa keizinan suaminya, hukumnya adalah haji dan umrah itu sah. Tetapi isteri tadi berdosa sebab mengingkari suaminya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI