fbpx

Berusia, Salman Khan tetap diserbu puluhan ribu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAN KHAN

POPULARITI bintang senior Bollywood, Salman Khan tidak pernah menyusut walaupun sudah lebih tiga dekad bergelar anak seni.

Sentiasa diekori paparazi, langkah pelakon berusia 57 tahun itu turut diikuti peminat setia yang mahu melihat artis kesayangan mereka dari dekat.

Pengarah filem Bajrangi Bhaijaan, Khabir Khan mendedahkan lebih 25,000 peminat berkumpul di lokasi penggambaran filem berkenaan di Chandni Chowk, Delhi pada 2015.

Sepanjang kerjayanya, dia belum pernah melihat situasi sebegitu, malah polis turut dikerah mengawal keadaan bagi memastikan tiada rusuhan berlaku.

“Salmah Khan antara legenda hidup yang memiliki jutaan peminat.

“Saya tidak menyangka peminatnya menggila sehingga sanggup berkampung di set penggambaran. 25,000 orang, memang padat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI