fbpx

Penjawat awam dapat bantuan Aidilfitri RM500, pesara RM250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kerajaan hari ini bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu turut akan disalurkan kepada penjawat awam berstatus kontrak.

“Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“RM250 pula akan diberikan kepada semua pesara termasuk veteran berpencen dan tidak.

“Insya-Allah, sudah maklum kepada Perbendaharaan dan akan dibayar mulai Jumaat ini,” katanya pada Majlis Perjumpaan PM bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI