fbpx
Orang ramai perlu lebih bijak mengurus perbelanjaan bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Luahan Pembaca: Elak berbelanja sakan sampai poket jadi kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Setiap kali tibanya musim perayaan, orang ramai akan teruja untuk berbelanja lebih bagi menyediakan pelbagai persiapan. Ini termasuklah ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjadi perayaan utama bagi umat Islam di Malaysia.

Pada tahun ini, umat Islam dijangka meraikan 1 Syawal pada 10 April 2024 dan dengan hanya berbaki kurang dua minggu sebelum sambutan itu, pelbagai persediaan sudahpun dibuat.

Antara perbelanjaan rutin yang dilakukan adalah membeli kelengkapan pakaian, kuih muih, perhiasan rumah dan diri selain menyediakan duit belanja untuk balik kampung dan duit raya.

Lazimnya, perbelanjaan pada musim perayaan akan meningkat sekali ganda berbanding perbelanjaan pada bulan biasa disebabkan keterujaan orang ramai untuk meraikan Aidilfitri.

Atas sebab itulah pengurusan kewangan penting bagi mengelak sebarang pembelian yang sia-sia sehingga menyebabkan pembaziran.

Perlu diingat, gaji bulanan yang diperoleh kali ini bukan semata-mata untuk perbelanjaan raya, tetapi untuk keperluan harian selama 30 hari.

Kita tidak mahu ada dalam kalangan kita yang hanya megah ketika raya, tetapi jadi murung disebabkan poket kosong selepas habis beraya.

PAK YUSOF
Tanjung Malim, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN