fbpx

[VIDEO] Kereta melayang, terbang atas bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kereta jenis Satria terbabas melayang ke atas bukit.

PETALING JAYA – Pengguna yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan terkejut apabila melihat sebuah kereta tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi di Rembau, Negeri Sembilan semalam.

Menerusi perkongsian video oleh @siva_ang_soon281926 di Facebook, kereta jenis Proton Satria berwarna biru itu dipercayai terbabas dan memasuki semak berhampiran lebuh raya tersebut.

Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan kenderaan itu yang berada di atas bukit di tepi lebuh raya.

Berdasarkan rakaman itu, tiada mangsa yang kelihatan berdekatan lokasi kejadian, namun tidak dapat dipastikan sama ada terselamat atau sebaliknya.

Hantaran itu video itu turut menarik orang ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.

“Eh macam mana boleh tergantung kat situ? peliknya kereta boleh ke sana pula perginya,” komen Hazima.

“Macam mana boleh terbang elok duduk atas situ?” komen Anazul.

“Kalau betul naik macam ni, takkan kereta tidak hancur?” ujar Mohamad.

Sehingga kini, video tersebut meraih sebanyak 1.1 juta tontonan, 15,600 tanda suka dan 5,900 perkongsian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI