fbpx

Lebih 50 peratus rakyat Perak sudah daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azlan (kanan sekali) menyantuni seorang kanak-kanak pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, RTC Gopeng, Kampar hari ini.

KAMPAR – Bilangan rakyat negeri ini yang selesai mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ialah 1.06 juta iaitu melebihi 50 peratus yang layak mengisi sistem yang dilancar dan dikendalikan Kementerian Ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, jumlah itu dikenal pasti setakat pukul 12 tengah malam semalam.

“Jumlah itu melebihi 50 peratus daripada keseluruhan 1.8 juta penduduk negeri ini yang layak mengisi Padu.

“Kita dapat melihat perkembangan positif dalam sehari dua ini sebelum Padu ditutup dan walaupun tidak secara keseluruhan tetapi rakyat mulai ramai mendaftar dalam sistem Padu ini,” katanya pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini hari ini.

Mohd. Azlan berkata, beliau yakin kerajaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani invidu yang keciciran mendaftar Padu.

Dalam pada itu, seramai 214 keluarga golongan B40 diraikan menerusi pemberian baucar RM150 sebagai persediaan membeli barangan menjelang Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI