fbpx

Jemaah perlu ganti puasa, masjid laung azan 4 minit awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Masjid Prima Saujana Kajang, dekat sini semalam terkhilaf selepas melaungkan azan maghrib empat minit lebih awal daripada waktu sebenar berikutan masalah teknikal.

Justeru itu, Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, pengurusan masjid memohon maaf kepada jemaah yang terjejas ibadah puasa mereka semalam.

“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI