fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sabah dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir berlaku di Sabah dan di sekitar bahagian tengah negeri Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya, terdapat beberapa kawasan terutamanya di Semenanjung Malaysia yang masih lagi boleh menerima suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celcius dan keadaan cuaca yang lembab ini dijangkakan boleh meredakan sedikit keadaan cuaca panas yang sedang berlaku pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia masih lagi menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir berpotensi untuk berlaku terutamanya melibatkan bahagian pedalaman negeri Kelantan dan juga Utara Semenanjung.

“Selain itu, hujan lebat dan ribut petir berpotensi turut berlaku melibatkan bahagian pedalaman negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sembilan dan Johor pada petang ini.

“Bagi negeri Sabah dan juga Sarawak, Malaysia menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut berpotensi berlaku di hampir ke semua bahagian di negeri Sarawak serta melibatkan bahagian pantai barat Kudat dan Sandakan di Sabah pada petang nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI