fbpx

F1: Steiner kesal terlalu lama di Haas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINER kini beralih profesion apabila menjadi salah seorang pengkritik saingan F1 selepas kontraknya sebagai ketua pasukan Haas tidak disambung. - AFP

KANNAPOLIS – Bekas ketua pasukan Haas, Guenther Steiner mengakui beliau berkhidmat terlalu lama pasukan itu untuk tempoh tujuh tahun berbanding ketika bersama Jaguar selama dua tahun dan tiga tahun di Red Bull.

Pada Januari, Haas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak Steiner sebaliknya digantikan dengan pengarah kejuruteraan trek pasukan tersebut, Ayao Komatsu yang mengetuai cabaran pasukan itu.

Keputusan mengejut Steiner meninggalkan kariernya sebelum permulaan musim 2024 berpunca apabila wujudnya perbezaan melibatkan kewangan dan pelaburan antara beliau dan pemilik pasukan, Gene Haas.

“Kehidupan saya lebih baik sejak saya meninggalkan Haas. Sejak beberapa minggu yang lalu, ini adalah kali pertama saya benar-benar bebas dari F1 selepas hampir sedekad bergelumang.

“Semakin lama masa berlalu, saya nampak bahawa saya kekal bersama Haas untuk tempoh yang terlalu lama. Apabila anda keluar, anda akan melihat perkara dengan lebih jelas apa yang perlu dilakukan.

“Semakin lama anda berada di sana, anda hanya diselubungi sindrom penafian, anda fikir anda mampu melakukannya, tetapi sebenarnya tidak. Saya berada di sana untuk berjuang meraih tempat ketujuh, kelapan atau kesembilan, namun bukan untuk podium dengan jentera itu.

“Saya akan kembali ke F1 pada masa depan, tetapi ia perlu menjadi projek yang betul, dilakukan dengan betul. Saya tidak mahu di kedudukan ketujuh lagi, saya sudah muka. Saya mahu berjuang mendapat kedudukan di hadapan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI