fbpx

3 syarikat peralatan elektrik jadi mangsa tender ‘pejabat pendidikan daerah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesan kes penipuan pembelian sistem kuasa mudah alih disyaki didalangi individu mengakui kononnya pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus melibatkan kerugian berjumlah RM96,136 minggu lalu.

Setakat ini, tiga pengusaha syarikat peralatan elektrik sekitar bandar raya ini mendakwa menjadi mangsa penipuan tersebut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 30 dan 60 tahun mendakwa mereka dihubungi suspek pada 19 Mac dan 21 Mac lalu.

“Suspek memperkenalkan diri kononnya pegawai PPD Kuala Nerus bernama Mohd. Izuddin.

“Suspek memaklumkan pejabat pendidikan daerah berkenaan berminat untuk membeli power station portable (sistem kuasa mudah alih,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, suspek turut mencadangkan nama pembekal bagi mendapatkan bekalan sistem kuasa mudah alih kepada syarikat peralatan elektrik terbabit.

Jelasnya, mangsa yang terperdaya segera membuat pembayaran tempahan gajet tersebut ke akaun bank kononnya milik pembekal yang dicadangkan suspek.

“Stok power station portable itu dimaklumkan akan terus dihantar ke PPD Kuala Nerus.

“Syarikat peralatan elektrik terbabit menyedari mereka ditipu apabila tidak menerima sebarang pembayaran pembelian gajet terbabit selain tiada pegawai bernama Mohd. Izudin berkhidmat di pejabat tersebut,” katanya.

Mazli berkata, PPD Kuala Nerus juga mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang tender pembelian sistem kuasa mudah alih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI