fbpx
Tangkap layar pelajar lelaki menyimpan stok makanan di dalam loker seperti kedai runcit

[VIDEO] Loker pelajar lelaki jadi kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Loker milik seorang pelajar lelaki bagaikan kedai runcit apabila almari itu penuh dengan stok makanan yang disusun secara kreatif.

Menerusi perkongsian video oleh @herry_erry di TikTok, pelbagai jenis makanan ringan seperti biskut-biskut, roti dan uncang teh dilihat telah digantung pada hanger baju.

Gelagat pelajar itu membuatkan ramai orang merindukan suasana di sekolah, lebih-lebih lagi mereka yang pernah tinggal di asrama atau kolej.

“Teringat dulu aku jual barang di asrama, hujung minggu top up barang kering masuk asrama,” komen @433burgerprominjaya

“Kau nak buka kedai acheh ke apa ni?” komen Epul.

“Rare betul teh tu, aku ingat dia nak gantung nak bagi wangi je,” komen @emnaalsa.

Sehingga kini video ini mendapat 1.6 juta tontonan, 62,700 tanda suka dan 3,296 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@abang_kitkat

ramadhan tiba😂😂

♬ bunyi asal – herry_erry

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI