fbpx

Tiga anggota polis ditahan minta rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapatkan perintah reman hari ini. - Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing menahan tiga anggota polis kerana meminta dan menerima rasuah, November lalu.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 36 hingga 42 tahun telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira pukul 7 malam semalam.

Difahamkan, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu-pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing.

Ia dilakukan sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI