fbpx

Kemalangan 11 kenderaan: STS akan diberikan kepada pemilik lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
11 kenderaan dirempuh sebuah treler yang terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Pasir Gudang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pengendali berlesen lori treler yang merempuh 11 kenderaan dalam kemalangan di Lebuh Raya Pasir Gudang-Perlis, Isnin lalu.

Menerusi satu kenyataan, APAD berkata, surat STS itu dikeluarkan setelah mendapat laporan daripada Audit Keselamatan dan Pemeriksaan JPJ (JISA) dan laporan pemeriksaan kenderaan selepas kemalangan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Jelasnya, setakat ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan awal dengan menjalankan JISA serta termasuk semakan saman yang pernah dikeluarkan kepada pemandu atau syarikat lori treler tersebut.

“Dalam masa yang sama, JPJ juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM untuk mendapatkan laporan siasatan kemalangan.

“APAD juga sedang bekerjasama dengan pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untukmendapatkan laporan teknikal siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan.

“Hasil laporan tersebut dijangka diperolehi dalam masa terdekat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, APAD berkata, pihkanya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Pada masa sama katanya, APAD ingin mengingatkan mana-mana syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya yang lain.

“Pengendali dan pemandu perlu sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa beroperasi terutama perkara
yang melibatkan hal-hal keselamatan jalan raya,”tegas APAD.

Terdahulu, media melaporkan sebuah treler terbabas lalu memasuki lorong bertentangan di Lebuh Raya Pasir Gudang merempuh 11 buah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu lapan kereta, tiga lori dan sebuah treler itu berlaku kira-kira pukul 4.20 petang.

Jelasnya, asiasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Mercedes Benz dari arah Perling yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an telah mengubah haluan dari lorong tengah masuk ke lorong kanan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI