fbpx
Gambar hiasan

Jangan ada ‘raya terkejut’ tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK minggu lalu, pelbagai spekulasi mengenai ‘raya terkejut’ yang bertebaran dalam media sosial.

Semuanya gara-gara imej bulan yang dikatakan sudah kelihatan separuh pada awal Ramadan.

Perkara tersebut membuat ramai orang kecoh dan tidak senang duduk. Mungkin kerana trauma memikirkan ‘raya terkejut’ yang pernah dialami pada dua tahun lalu.

Ramai yang sudah bersiap sedia dari segi perancangan balik kampung sehinggalah persiapan raya yang menjadi keutamaan setiap kali menyambut perayaan.

Bagaimanapun, ramai yang masih berteka-teki bila sepatutnya hari raya menjelma kerana mahu merancang cuti untuk berbuka puasa bersama keluarga di kampung.

Bagi mendapatkan pengesahan supaya segelintir pihak tidak lagi tertanya-tanya, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor memaklumkan tahun ini bulan hijri adalah paling singkat.

“Saya memetik respons daripada Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bahawa memang dalam takwim kita berpuasa tahun ini 29 hari sahaja yang mana bulan hijri paling sikit pada tahun ini.

“Berdasarkan data hisab, umur anak bulan pada waktu maghrib 29 Ramadan ini memang melebihi kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

“Saya tidak boleh bagi satu kata putus tetapi kemungkinan besar 1 Syawal jatuh pada 9 April kelak,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Salim menegaskan supaya umat Islam lebih menumpukan tumpuan menjalani ibadah Ramadan supaya mendapat keredaan Allah.

“Yang penting adalah kita tidak melepaskan peluang keemasan dalam bulan mulia ini. Sebaliknya berazam untuk menggandakan ibadat dan kebajikan semaksimum termampu.

“Diharapkan kita berjaya mendapat rahmat dan keampunan Illahi. Dengan itu, kita juga berjaya kembali kepada kesucian fitrah seperti yang diciptakan Allah,”
ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Nurul Afiqah Najwa Sarmily yang pernah pulang semasa hari raya pertama pada 2022 akibat raya terkejut kini membuat persiapan lebih awal untuk berjumpa ibu ayah di desa.

“Saya sedia maklum dengan berita ‘raya terkejut’ pada tahun ini dan disebabkan itu saya ambil langkah selamat dengan membeli tiket penerbangan beberapa hari awal dari tarikh jangkaan raya.

“Tindakan yang saya ambil kerana tidak mahu kejadian berulang pada 2022 apabila saya beli tiket penerbangan pada hari terakhir Ramadan tetapi dikejutkan dengan raya awal sehari.

“Jadi, saya terpaksa beraya seorang diri di lapangan terbang sebagai anak perantauan sampai di rumah ketika semua sudah penat beraya,” ujarnya.

Tidak kiralah tarikh sebenar hari raya Aidilfitri akan disambut, penulis bersetuju dengan pandangan mufti yang menyarankan agar kita memberikan fokus lebih kepada ibadah memandangkan Ramadan hanya datang setahun sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN