fbpx

[VIDEO] Doktor ‘blushing’ diusik Al-Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah mengusik dengan memperkenalkan seorang doktor lelaki kepada seorang doktor wanita pada satu majlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Saya ada calon ‘handsome’ (kacak). Awak tengok je,” demikian usikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah cuba mencarikan calon suami kepada seorang doktor wanita.

Menerusi video dikongsikan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said pada TikTok, Al-Sultan Abdullah memperkenalkan seorang doktor lelaki yang dikenali baginda serta berasal dari Johor.

“Mana tadi, doktor tadi, dia nak cari isteri juga. Ya Allah mana dia, tolong cari.

“Ambil gambar je (selepas doktor lelaki sampai). Tengok muka. Ini Dr. Ammar, dia doktor saya di Kor Sultan. Asal Johor.

“Ini dari mana? Doktor bahagian mana,” pertanyaan Al-Sultan Abdullah kepada doktor wanita tersebut.

Wanita itu memberitahu berasal dari Kampung Kelibang, Kuala Krau dan sewaktu menjawab pertanyaan baginda, dia ditegur oleh salah seorang Exco Pahang supaya berbicara dengan memandang Sultan Pahang.

“Dia tak pandang saya dah,” usik Al-Sultan Abdullah seolah-olah merujuk kepada wanita tersebut sedang memandang doktor lelaki di sebelahnya.

Suasana itu kemudian mencetuskan gelak tawa hadirin dan rakyat jelata yang berada berdekatan Al-Sultan Abdullah.

Lebih mencuit hati apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik tangan Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin seolah-olah bertindak sebagai kadi.

Al-Sultan Abdullah turut bertanya keberadaan ibu bapa keluarga wanita tersebut dan kemudian, dia menunjukkannya kepada baginda.

“Garang nampak (bapa wanita), jom lah kita balik,” seloroh baginda. – KOSMO! ONLINE

@drismailsaid087 Momen ceria apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang usik mengusik rakyat Jelata. Begitulah mesranya Baginda Tuanku bersama rakyat. Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota pun sempat mengusik. Hehehe..Kenangan manis buat kedua2 doktor ni ye. Ampun Tuanku 🙏 #royalpahang #sultanpahang #tengkumahkotapahang #kesultanananpahang #dsims #fyp #foryou #fypシ゚viral #foryoupage #moment ♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI