fbpx

Dewan Rakyat: Calon pengasuh perlu ditapis rekod jenayah – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy Shukri

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memastikan semua calon pengasuh ditapis dahulu rekod peribadi sebelum layak diterima menjadi pengasuh di mana-mana institusi.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, proses tapisan itu akan dilakukan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan kadar jenayah penderaan di institusi atau rumah pengasuh.

Beliau berkata, proses tersebut penting bagi mengurangkan kadar kes penderaan yang meningkat, sekali gus meletakkan kanak-kanak dalam keadaan berisiko.

“Kita juga memberikan prosedur operasi standard (SOP) (kepada taska). Apabila kita dengar banyak kes, kita tambah lagi SOP, bukan untuk menyusahkan tapi mahu membantu taska itu.

“Sebab itu kita pastikan juga ada kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan kita memantau apa berlaku dalam taska dan memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai langkah diambil kerajaan untuk mengelakkan kes penderaan dan kematian kanak-kanak di taska.

Dalam pada itu, mengulas mengenai taska di tempat kerja, Nancy berkata, sehingga Disember tahun lalu, terdapat 265 taska telah beroperasi di seluruh negara.

“Jumlah itu meliputi 221 taska yang disediakan majikan di sektor awam, manakala 44 taska lagi disediakan sektor swasta,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI