fbpx

‘Lagi lama layan media sosial, lebih banyak benda merapu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman kesal wujud pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dia sudah meninggal dunia.

PETALING JAYA – Tidak terlepas daripada menjadi mangsa berita palsu, pelakon Aiman Hakim Ridza kesal wujud pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular dalam media sosial hari ini.

Aiman atau nama penuhnya Aiman Hakim Ridza Abdoh menyifatkan penularan berita palsu mengenai kematiannya adalah cara segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang semata-mata mahu mengaut keuntungan menggunakan jalan pintas.

Enggan mengambil pusing, Aiman, 35, memandang perkara berkenaan dari sudut positif selain menyifatkan ramai yang mahu mengambil kesempatan dengan mencipta berita palsu sebegitu.

“Ada orang mesej saya mengenai perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif.

“Pertama sekali, Alhamdulillah saya masih hidup. Kedua, media sosial memang begini.

“Lebih banyak anda habiskan masa dalam media sosial, lagi banyak orang lain ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan begini,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Ujarnya yang popular menerusi drama Curi-Curi Cinta, mencipta berita palsu sebegitu boleh membuatkan pemilik akaun meraih keuntungan menerusi bilangan capaian pengguna dalam media sosial.

Dalam masa sama, Aiman turut berkongsi nasihat kepada pengikut agar tidak terlalu bergantung kepada sosial media selain lebih banyak meluangkan masa dengan orang sekeliling.

“Samalah juga di mana-mana pun. Akan ada orang yang mahu ambil kesempatan.

“Lagi lama anda layan media sosial, lebih banyak benda merapu yang akan keluar.

“Kesimpulan di sini adalah kurangkanlah bermain media sosial. Berboraklah dengan orang terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, selain Aiman, ramai selebriti tanah air yang turut menjadi mangsa berita palsu tentang kematian sehingga wujud kebimbangan dalam kalangan peminat termasuk ahli keluarga.

Antara yang pernah menjadi mangsa ialah Datuk Nash, Ezad Lazim, Azharina dan Datuk Awie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI