fbpx

CCoE potensi jadi destinasi antarabangsa tangani ancaman siber – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis pelancaran CCoE dengan kerjasama Blackberry di sini, hari ini. FOTO-FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

CYBERJAYA – Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia (CCoE) yang dilancarkan hari ini dengan kerjasama syarikat perisian Kanada, Blackberry Ltd berpotensi menjadi destinasi antarabangsa bagi menangani ancaman siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pusat itu mampu menghimpunkan pelbagai kepakaran tempatan, institusi penyelidikan dan pakar keselamatan siber.

Beliau berkata, pusat itu juga akan berkongsi pengetahuan, risikan ancaman dan bersama-sama membangunkan kaedah dan strategi untuk mengukuhkan daya tahan siber nasional dan serantau.

“CCoE ialah satu kejayaan penting negara dalam mewujudkan ekosistem keselamatan siber yang teguh yang memerlukan perkongsian kukuh merentasi sektor awam dan swasta.

“Pusat ini juga akan menyediakan persekitaran digital yang lebih selamat selain menggalakkan perkongsian maklumat dan pertukaran kepakaran antara agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran CCoE dengan kerjasama Blackberry di sini hari ini.

Penubuhan pusat merupakan kesinambungan kepada perjanjian perkhidmatan perisian jangka panjang yang ditandatangani antara syarikat perisian Kanada ketika Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di San Francisco November tahun lalu.

Katanya, beliau memuji Blackberry kerana membantu Malaysia meningkatkan kemahiran pasukan pertahanan siber pada masa depan sekali gus memperkukuh keselamatan dan inovasi negara dan serantau.

Anwar berkata, ketika ini Malaysia kekurangan 12,000 profesional keselamatan siber dan memerlukan kira-kira 25,000 pekerja dalam keselamatan siber menjelang 2025.

Menurutnya, beliau turut membayangkan pusat ini bakal menjadi hab pembinaan kapasiti keselamatan siber untuk rantau Asia Tenggara.

“Pusat ini juga akan memberi tumpuan khusus meningkatkan perkongsian risikan ancaman, dan memupuk kerjasama serantau dalam mengurangkan ancaman keselamatan siber dan memerangi jenayah siber,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama ini akan memanfaatkan pengalaman 35 Blackberry dalam segmen keselamatan siber.

Menurutnya, Blackberry akan melengkapkan pusat ini dengan beberapa kurikulum dan awal tahun depan mereka akan mula mengadakan kursus kepakaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI