fbpx

Pelajar kolej jururawat hilang ditemukan selamat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maznah menunjukkan gambar Nor Diana ketika ditemui pemberita di rumahnya di Tumpat minggu lalu. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Seorang penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan (ILKKM) di Alor Setar yang dilaporkan hilang sejak empat minggu lalu ditemuikan selamat di Johor hari ini.

Nor Diana Mohd. Najib, 21, dikesan berada si rumah kakak angkatnya di Pasir Gudang sebelum dijemput pihak polis dan ahli keluarga kira-kira pukul 3.50 pagi tadi.

Ibunya, Maznah Ismail, 44, berkata, mereka mengesan Nor Diana menerusi laporan polis yang dibuat anaknya itu empat hari lalu yang menafikan dirinya hilang dan alamat yang tertera dijadikan panduan.

“Dengan bantuan polis, saya dan suami berjaya menyelamat Nor Diana yang berada di sebuah rumah di sana. Dia berada bersama seorang wanita dipercayai kakak angkat yang sebelum ini mengatakan anak saya sudah melarikan diri selepas kisah kehilangannya tular.

“Saya membawa Nor Diana pulang ke rumah anak saudara di Johor sebelum bertolak ke Kelantan petang ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Maznah berkata, anaknya yang juga pelajar tahun pertama Diploma Kejururawatan ILKKM itu kelihatan murung dan pendiam tidak seperti sebelum ini.

“Nor Diana memaklumkan keluarga tidak memahaminya selain ingin berhenti belajar dan mahu bekerja.

“Keadaan itu menyebabkan saya berasa pelik kerana selama ini dia tidak pernah mengadu sebarang masalah, malah kerjaya sebagai jururawat juga adalah pilihannya sendiri.

“Apabila tiba di rumah, saya dan keluarga akan merujuk ustaz atau ahli perubatan Islam sebagai ikhtiar bagi memulihkan semangat Nor Diana,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI