fbpx

Lelaki maut nahas libatkan dua lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang maut dalam nahas yang melibatkan dua lori di Kilometer (KM) 357.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara Slim River, Tanjung Malim pada pukul 1.10 petang tadi. - Foto Ihsan JBPM

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut dalam nahas yang melibatkan dua buah lori masing-masing jenis muatan tiga tan dan jenis treler di Kilometer (KM) 357.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara Slim River di sini pukul 1.10 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lori yang boleh membawa muatan tiga tan telah melanggar bahagian belakang sebuah lori treler.

“Keadaan itu menyebabkan seorang lelaki di lori tiga tan itu tersepit di dalam jantera berat itu. Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan yang serius. Mayat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital terdekat untuk siasatan lanjut.,” katanya di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI