fbpx

Gempa bumi di Papua New Guinea, 5 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi yang melanda Papua New Guinea menyebabkan 1,000 rumah terjejas di seluruh wilayah Sepik Timur. - CYRIL TARA

PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, manakala dianggarkan 1,000 rumah musnah apabila gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggegarkan utara Papua New Guinea yang dilanda banjir.

“Setakat ini, kira-kira 1,000 rumah telah musnah,” kata Gabenor Sepik Timur, Allan Bird sambil menambah, kru kecemasan masih menilai kesan daripada gegaran yang merosakkan kebanyakan bahagian wilayah itu.

Berpuluh-puluh kampung yang terletak di tebing Sungai Sepik sudah pun berhadapan dengan banjir besar apabila gempa bumi melanda awal pagi semalam.

Komander Polis Wilayah, Christopher Tamari memberitahu agensi berita AFP bahawa pihak berkuasa setakat ini merekodkan lima kematian, namun jumlah kematian mungkin lebih tinggi. 

Beberapa gambar yang dirakam menunjukkan rumah-rumah kayu yang rosak tenggelam ke dalam air banjir setinggi paras lutut. 

Kira-kira sembilan juta penduduk negara pulau itu tinggal di luar bandar. Bentuk muka buminya yang sukar dan jalan raya terhad serta tertutup boleh menjejaskan operasi mencari dan menyelamat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI