fbpx

Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang rentung dalam kebakaran di Kilometer 23.5, Jalan Changkat Jong-Bidor dekat Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK

TELUK INTAN – Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 23.5, Jalan Changkat Jong-Bidor dekat Kampung Ayer Hitam, di sini sebentar tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 9.29 malam.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar membabitkan kemusnahan 80 peratus.

“Satu mayat rentung ditemui di dalam sebuah kereta yang musnah dijilat api. Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti ekoran dokumen pengenalan dirinya musnah terbakar.

“Operasi pemadaman tamat pada pukul 11.27 malam manakala mayat mangsa diserah kepada pihak polis,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI